Monday 15 March 2010

Apakah itu usahawan?

Ramai yang mengenal dan mengetahui perkataan usahawan. Tapi bila ditanya apa itu usahawan, mereka pasti akan berfikir seketika untuk memastikan mereka menjawab dengan baik dan betul. Diakhir jawapannya diselitkan dengan keraguan. Namun, apa yang disimpulkan oleh setiap orang mengenai usahawan itu ada benarnya. Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza mengikut tafsiran mereka sendiri. Mereka menafsirkan perkataan usahawan itu berdasarkan apa yang mereka lihat dan mereka fahami. Usahawan ialah orang yang sentiasa berusaha untuk menghasilkan sesuatu sebagai salah satu urusan perniagaan bukan sahaja untuk mendapatkan keuntungan malahan sebagai satu perniagaan yang dapat memanfaatkan orang lain. Bukan itu sahaja, usahawan juga merupakan orang yang berani menanggung risiko diatas setiap sesuatu yang dihasilkan ataupun diusahakan.


Sesetengah orang berpendapat bahawa usahawan itu ialah peniaga dan peniaga itu pula adalah usahawan. Semua usahawan itu boleh menjadi peniaga dan merupakan peniaga “bawah tanah” secara tidak langsung. Tetapi bukan semua peniaga itu adalah usahawan. Peniaga ialah orang yang menjual barang untuk mendapatkan keuntungan sahaja dengan menjadi perantara diantara usahawan ( barang yang dihasilkan) dengan orang ramai. Dalam erti kata lain bagi menerangkan maksud usahawan sebagai peniaga “bawah tanah” ialah orang yang menghasilkan barangan dan kemudiannya dijual kepada industri-industri yang bersesuaian dengan hasil rekaannya. Sebagai contoh, basikal. Usahawan mereka seterusnya menghasilkannya dan kemudian ideanya dijual kepada industri perkilangan untuk diproses dan dijual kepada orang ramai. Namun, ramai usahawan yang lahir dalam industri perniagaan ini dengan menghasilkan idea dalam bentuk tarikan.


Sebagai contoh, mereka menghias ruangan dalam perniagaan mereka dengan mengetengahkan berbagai konsep agar orang ramai tertarik dengan perniagaannya. Dengan itu, dapatlah mereka memperkembangkan perniagaannya dan merperolehi keuntungan daripadanya. Di antara konsep atau kaedah yang kita dapat lihat dan perhati sekarang ini ialah dengan merendahkan harga jualan, menyediakan perkhidmatan percuma yang bersesuaian selagi ianya tidak merugikan, kad diskaun, cabutan bertuah sekiranya berbelanja sehingga nilai yang ditetapkan dan sebagainya. Ini merupakan contoh usahawan yang dapat kita perhatikan yang sentiasa berusaha dan mengambil risiko diatas setiap usahanya.

(asiamind 2008)

No comments:

Post a Comment