Ramai yang mengenal dan mengetahui perkataan usahawan. Tapi bila ditanya apa itu  usahawan, mereka pasti akan berfikir seketika untuk memastikan mereka menjawab  dengan baik dan betul. Diakhir jawapannya diselitkan dengan keraguan. Namun, apa  yang disimpulkan oleh setiap orang mengenai usahawan itu ada benarnya. Setiap  orang mempunyai pendapat yang berbeza mengikut tafsiran mereka sendiri. Mereka  menafsirkan perkataan usahawan itu berdasarkan apa yang mereka lihat dan mereka  fahami. Usahawan ialah orang yang sentiasa berusaha untuk menghasilkan sesuatu  sebagai salah satu urusan perniagaan bukan sahaja untuk mendapatkan keuntungan  malahan sebagai satu perniagaan yang dapat memanfaatkan orang lain. Bukan itu  sahaja, usahawan juga merupakan orang yang berani menanggung risiko diatas  setiap sesuatu yang dihasilkan ataupun diusahakan.
Sesetengah orang  berpendapat bahawa usahawan itu ialah peniaga dan peniaga itu pula adalah  usahawan. Semua usahawan itu boleh menjadi peniaga dan merupakan peniaga “bawah  tanah” secara tidak langsung. Tetapi bukan semua peniaga itu adalah usahawan.  Peniaga ialah orang yang menjual barang untuk mendapatkan keuntungan sahaja  dengan menjadi perantara diantara usahawan ( barang yang dihasilkan) dengan  orang ramai. Dalam erti kata lain bagi menerangkan maksud usahawan sebagai  peniaga “bawah tanah” ialah orang yang menghasilkan barangan dan kemudiannya  dijual kepada industri-industri yang bersesuaian dengan hasil rekaannya. Sebagai  contoh, basikal. Usahawan mereka seterusnya menghasilkannya dan kemudian ideanya  dijual kepada industri perkilangan untuk diproses dan dijual kepada orang ramai.  Namun, ramai usahawan yang lahir dalam industri perniagaan ini dengan  menghasilkan idea dalam bentuk tarikan.
Sebagai contoh, mereka  menghias ruangan dalam perniagaan mereka dengan mengetengahkan berbagai konsep  agar orang ramai tertarik dengan perniagaannya. Dengan itu, dapatlah mereka  memperkembangkan perniagaannya dan merperolehi keuntungan daripadanya. Di antara  konsep atau kaedah yang kita dapat lihat dan perhati sekarang ini ialah dengan  merendahkan harga jualan, menyediakan perkhidmatan percuma yang bersesuaian  selagi ianya tidak merugikan, kad diskaun, cabutan bertuah sekiranya berbelanja  sehingga nilai yang ditetapkan dan sebagainya. Ini merupakan contoh usahawan  yang dapat kita perhatikan yang sentiasa berusaha dan mengambil risiko diatas  setiap usahanya.
(asiamind 2008)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment