Kamus  Dewan Bahasa dan Pustaka mentakrifkan usahawan sebagai orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu  pengusaha. Pengusaha dimaksudkan sebagai pekerjaan secara besar-besaran untuk  membuat barang-barang industri atau pekerjaan berniaga secara besar-besaran.  Usahawan adalah seorang yang mengambil risiko  memulakan atau menubuhkan sesuatu perniagaan atau perusahaan dan  mengusahakannya. Seseorang yang telah memulakan perniagaan atau telah membeli  perniagaan yang dimulakan oleh orang lain juga dikenali sebagai  usahawan. Usahawan juga adalah seorang pengurus yang menerajui perniagaannya  dan dapat menuntut hak ke atas perniagaan tersebut. Oleh itu  ia  menanggung risiko perniagaan. Usahawan  mempunyai wawasan dan mengembangkan perniagaan untuk kemakmuran masyarakat. Ia  adalah seseorang yang inginkan kebebasan dalam perniagaan, membuat keputusan  sendiri dan seterusnya ingin berjaya atas usaha  sendiri.
Di  Malaysia terdapat 66 usahawan yang terkenal iaitu Tan Sri Syed Mokhtar  al-Bukhary, Tunku Tan Sri Abdullah Tunku Abdul Rahman, Tan Sri Azman Hashim,  Mohamed Ali Alabbar, Tong Kooi Ong, Tan Yew Sing, Robert Kuok, Tan Sri Dr.  Jeffery Cheah, T. Ananda Krishnan, Tan Sri Quek Leng Chan, Tan Sri LauGek Poh,  Tan Sri Tiong Hiew King, Tan Sri Lee Shin Cheng, Tan Sri Vincent Tan, John Chia  Sin Tet, Puan Sri Chong Chook Yew, Micheal Ng Kweng Chong, Datuk Lee Oi Hian,  Datuk Lim Tong Yong, Keluarga Loh Boon Siew, Keluarga Teo, Tan sri Hamdan  Mohamad, Tan Sri Mohd Saleh Sulong, Tan Sri Rozali Ismail, Datuk Yaw Teck Seng,  Tan Sri khoo Kay Peng, Datuk Tony Tiah Thee Kian, Henry Goh, M.P Nathan, Dato’  Dr Zahrah Abd kadir, Datuk Barkath Ali abu Backer, Ir. Dr. Kamal Nasharuddin  Mustapha, Cheff Azza, Tan Sri Leen Kim Yew, Datuk Chua Hock Chin, Tan Sri  Mustapha Kamal Abu Bakar, Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir, Datuk Tan Chin  Nam,Harshukhal Maganlal Kamdar, Chin Weng Keong, Datuk Lew Sip Hon, Dr. Goh,  mendiang Datuk Teo Hang Sam, Mendiang Chung Keng Kwee, Jasmani Abbas, Datuk AK  Nathan, V.R Srivatsan, Esmond Goei, K. Raman, Datuk Yatina Yahaya, Chew Cheng  Kiat,jude Allen, Harres Tan, Datuk Syed Azman syed Ibrahim, Yuri Zaharian Wahab,  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Datin sri Paduka Siti Sa’diah Sheikh Bakir,Jahubar  Sathik abdul Razak, Marwilis dan Tan Sri Mohamad Nadzmi  Salleh.
Kebanyakan  daripada mereka bermula daripada peringkat bawah dahulu sebelum berjaya sehingga  hari ini. Untuk berjaya, usahawan perlu mempunyai maklumat yang betul dan terkini.  Usahawan perlu ada kemahiran mendapatkan  maklumat yang betul daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai. Maklumat dan  maklum balas yang diperolehi akan dapat digunakan untuk meningkatkan pengalaman,  memperbaiki pencapaian dan prestasi perniagaan yang diterajui. Sebagai seorang  usahawan, seseorang individu itu perlulah mempunyai kesanggupan melakukan  pengorbanan peribadi untuk menyelesaikan sesuatu kerja, mengambil tanggung jawab sepenuhnya dalam menyelesaikan  sesuatu kerja, kesanggupan membantu kakitangan  demi untuk menyelesaikan tugas dan memberi kepuasan  kepada  pelanggan menunjukkan sikap mengambil berat  untuk memuaskan kehendak pelanggan dan sentiasa memastikan setiap janji yang  dibuat khususnya dengan pelanggan, pembekal dan lain-lain pihak ditunaikan  seperti yang telah dipersetujui . 
Pelbagai  cabaran yang telah dihadapi oleh usahawan-usahawan yang terkenal di Malaysia  sebelum mereka berjaya mencipta nama sebagai Usahawan yang berjaya di Malaysia.  Tambahan pula pada hari ini kerajaan akan membantu bakal usahawan di dalam  memberi khidmat nasihat dan juga modal. Program Bahagian Latihan & Bimbingan  Usahawan bertujuan untuk mewujudkan usahawan-usahawan baru serta  mempertingkatkan tahap pengetahuan, kemahiran serta keupayaan pengurusan  usahawan Bumiputera melalui latihan keusahawan, bimbingan, khidmat nasihat,  bantuan dan galakan supaya mereka menjadi usahawan tulen yang berkualiti dan  berupaya mengurus projek-projek perdagangan dan perindustrian kecil dan  sederhana yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan. Antara pelaksanaan  yang dijalankan adalah dengan Mengadakan kemudahan latihan dan kursus  keusahawanan atau perniagaan secara teori dan amali untuk membimbing dan  membantu usahawan yang berminat dan berpotensi untuk menceburi bidang  perdagangan dan perusahaan dan memberi khidmat nasihat dan menyediakan pakar  runding bagi mempertingkatkan produk Bumiputera dalam aspek pengeluaran,  pembungkusan, pelabelan dan pemasaran.Sebagai kesimpulan, kita perlulah  menjadikan usahawan-usahawan yang berjaya di Malaysia sebagai mentor atau  pembakar semangat sebelum kita memulakan langkah sebagai usahawan.
No comments:
Post a Comment